1

TOOL

Posted by redridinghood on Thursday, December 01, 2011 in ,

Jadikan kerjaya sebagai satu "tool" untuk beribadah, "tool" utk merukhwah dan "tool" untuk berzikir mengingati Allah Maha Pencipta. Mari teruskan berusaha, kepada semua
BAKAL DOKTOR.


1

Terapi dalam Islam

Posted by Alia Abdul Rashid on Sunday, November 20, 2011 in , ,

"Seriously art therapy ada dalam Rehabilitation Medicine? Dance therapy, musicotherapy? Hmm, nampak sangat banyak yang awak tak tahu alia"

"Come on la, tak kan semua benda nak tunggu cikgu cakap. Kalau bab-bab lain laju je cari dekat internet, tak kan bab medicine tak buat macam tu?" kata saya pada diri sendiri :)


Apa yang saya pelajari di kelas adalah nonverbal techniques (teknik bukan lisan) merupakan psychological therapy (terapi psikologi) yg mengandungi 3 kaedah terapi iaitu :
1. Art therapy
2. Dance & movement therapy
3. Music therapy

Teknik-teknik di atas melibatkan daya kreativiti pesakit, mempamerkan perasaan atau faktor dalaman oleh pesakit serta digunakan sebagai diagnosis dan terapi kepada penyakit oleh ahli perubatan

Saya tertarik dengan kaedah art therapy yang digunakan oleh jabatan rehabilitation medicine untuk merawat pesakit-pesakit di universiti tempat saya menuntut. Antaranya pesakit yang kena stroke atau kanak-kanak yang mentally retarded yang mana para pesakit ini kebanyakkannya tidak dapat atau sukar untuk bercakap atau mempunyai masalah untuk mempamerkan perasaan mereka


Terdapat seorang pesakit A berusia 30-an yang diserang stroke. Beliau merupakan seorang bos di sebuah syarikat, mempunyai pencapaian yang memberangsangkan dalam bidang keusahawanan. Setelah diserang stroke, beliau tidak boleh bercakap seperti biasa, menyebabkan sukar untuk beliau menyatakan perasaan beliau sendiri sekaligus memberi kesan yang besar pada emosi beliau (sedih, kemurungan dan sebagainya)

Apa yang dilakukan oleh doktor adalah, doktor menyuruh pesakit A untuk melukis. Pesakit A telah melukis gambar seorang pahlawan yang melutut sambil menahan serangan raksasa menggunakan pedang miliknya. Apa yang cuba ditafsir oleh doktor tentang perasaan pesakit A melalui lukisannya adalah "I'm on my knees, but I'm still fighting", menunjukkan walaupun pesakit A diberi dugaan berat sebegitu, namun beliau tetap cuba menghadapinya. Diharapkan melalui aktiviti sebegitu, berat beban perasaan yang ditanggung oleh pesakit dapat dikurangkan

Selain daripada itu, doktor juga telah memberitahu tentang kaedah yang digunakan dalam group therapy (terapi berkumpulan) yang melibatkan movement therapy. Pesakit-pesakit
diajar untuk menghentak kaki ke lantai untuk meningkatkan keyakinan diri dan membuat diri rasa selamat apabila mendengar hentakan kaki beramai-ramai sekaligus mengurangkan rasa keseorangan


Hal itu membuatkan saya berfikir, tak hairanlah banyak tarian atau cheers untuk meningkatkan semangat melibatkan hentakan kaki beramai-ramai, saya akui ia memang memberi kesan!

Dan yang lebih membuatkan saya berfikir adalah hikmah di sebalik penekanan solat berjemaah dalam Islam. Sekiranya kita solat bersendirian, pasti kita rasa bersendirian, bila kita mengimami seorang makmum dalam solat fardhu, pasti kita tidak rasa bersendirian, bayangkan bila mana kita solat berjemaah bersama-sama di masjid, melibatkan beberapa saf, pastinya hikmah di sebalik anjuran berjemaah di masjid selain daripada berganda pahala, adalah hikmah dapat berkumpul sekaligus memberi kekuatan mental bahawa kita tidak keseorangan, bersama-sama kita ada lagi para jemaah yang lain


Jika dipanjangkan lagi, hikmah berkumpul di masjid, setiap kali Solat Jumaat, melibatkan perkumpulan sekurang-kurangnya 40 orang, peluang berkumpul ini patut dimanfaatkan sebaiknya untuk mengeratkan ukhuwwah, bertanya khabar dan sebagainya. Tak hairanlah sunnah Rasulullah SAW solat sunat hari raya dilakukan di kawasan padang yang luas, sekali lagi hikmahnya adalah untuk mengumpulkan seramai mungkin umat Islam di hari perayaan yang pastinya menimbulkan keizzahan dan perasaan kebersamaan



Salah satu rukun Islam itu sendiri iaitu mendirikan
Haji (sekiranya mampu) merupakan satu lagi perkumpulan umat Islam berskala besar, melibatkan umat Islam dari berbagai-bagai negara, bangsa dan budaya. Haji merupakan 'mock big-scale-gathering' yang memberi gambaran kasar kepada kita tentang pekumpulan di Padang Mahsyar. Dan pastinya, perkumpulan di padang Mahsyar adalah perkumpulan hakiki, tiada alasan utk tidak kita hadiri!


Alangkah indahnya Islam, bukan untuk disimpan sebagai pekasam
Tapi utk diamalkan, dalam kehidupan seharian... :)

P.s : Jazakumullahu khayr al jazak kerana berkongsi ayah, semoga berada dalam kebaikan selagi mana artikel ini dimanfaatkan dan pastinya ia sentiasa bermanfaat! Ameen Ya Rabb



0

Jom Practice ECG

Posted by redridinghood on Thursday, November 17, 2011

Assalamualaikum wbt dan dobry den,

Di bawah adalah satu ECG strip yg boleh di "telaah". Semoga ia membantu kakak dan abang sulung yang akan pulang ke Malaysia utk berkhidmat tidak lama lagi.

ECG strip selainnya boleh di rujuk di laman web ini: http://www.ecglibrary.com/ecghome.html


Acute inferior myocardial infarction


0

BMJ, helping doctors make better decision

Posted by redridinghood on Thursday, November 17, 2011
( I don't own this picture, credit to the owner)


Assalamualaikum wbt dan dobre poledne.

Saya nak kongsi satu link yang saya dapat drpd Dr. yg mengajar.


waktu itu saya hanya "register free trial". Tapi kawan saya cakap, dia boleh buka dgn cara lain.

atau boleh Free register utk page ini:


Bagi saya, web ini sangat berguna. Boleh melatih kita utk buat "Differential Diagnostic"

selamat mencuba(ini bunyi macam Chef lepas mengajar masak =D)

0

Cukupkah kita melihat?

Posted by redridinghood on Thursday, November 10, 2011 in , ,

Hari ini, sekali lagi ke ward 3rd Internal Clinic utk Propaedeutic of Internal Medicine. Seronok sungguh dpt jumpa patient, Dr. pun best . Alhamdulillah, Allah mudahkan segala keperluan utk belajar. Sampai di sana, tunggu punya tunggu, semua orang tak ada lagi. Saya pun belek2 buku Propaed yg warna putih biru tu. Dalam hati kata"aih kalau khatam buku ni mmg senang la".

Pesakit hari ni, Mrs. X(bukan nama sebenar). Kami bertiga ditinggalkan utk tnya patient history kepada Mrs. X. Selepas berkenal2 dan dapatkan Identifikace Patienta, kami tny "Proc jste v nemocnici?". Katanya, sakit pundi kencing(urinary bladder/ mocovy mechyr) dan ....(saya tak faham apa dia kata lepas tu). Tapi dari gayanya, dia tunjuk sakit tu merebak ke belakang , ke buah pinggang(kidney/ledvina). Aha, terus teringat Dr. ada cakap sebelum ini, kalau ada inflammation kena check beberapa perkara:

1. Rubor- Redness
2. Calor- Temperature( Mate teplotu?)
3. Dolor- Pain
4. Tumor- Any mass

Tanya lagi bila sakit itu mula, berapa kerap dan macam mana rasa sakit tu.(when? how?) terlupa nak suruh mak cik X tunjuk tempat sakit(where?). aish lepas ni tak boleh lupa lagi. kami tny tentang masalah waktu buang air kecil(Mate problem s mocenim?) disebabkan sakit pundi kencing. Tanya juga berapa kerap dan samada ada darah atau tak dalam urine.
(berbelit2 lidah, grammar ntah kemana, hentam saja la)

Waktu itu tak fikir sakit Mrs X sebenarnya serius. lepas kami kumpul ramai2 berenam campur Dr. , Dr. pun cerita tentang Mrs X. Katanya, " her disease is a serious one. Tenguk muka dia." kami pun tenguk, owh baru perasan muka mak cik tu pucat. sclera pun warna kekuningan(icterus/jaundice). Dr. ckp lagi, "yes jadi kemungkinan dia ada anemia. Apa tanda2 anemia?" Kami kata "fatigue and dyspnea". Dr kata"Yes, dyspnea sangat common utk pesakit anemia". Dr cerita lagi ttg mak cik X." dia juga ada masalah buang air-dysuria, result test jumpa jumlah leukocyte sangat tinggi, dia ada demam. jadi ada kemungkinan mak cik ini ada inflamation of urinary pathway.Dan inflammation itu merebak ke buah pinggang, boleh jadi inflamation of upper urinary way". kemudian banyak lagi cerita menarik.

Setiap kali ke Propaed Internal med, terasa banyak lagi ilmu yang tak ada. Mata ada; alhamdulillah boleh melihat, tapi tak cukup menggunakannya utk melihat dengan teliti keadaan pesakit. Semoga kita sentiasa rajin belajar, dan mensiapkan diri utk menghadapi apa jua kemungkinan di masa akan datang. Bahasa Czech pun tersangat penting utk tahu patient history.

Begitu juga tanggungjawab kita kepada umat Islam, mata ini perlu diguna utk betul2 melihat dan memahami.

Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang berpagi-pagian tidak mengambil berat perihal orang Islam maka ia bukanlah dari golongan mereka"

Dari buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam ms 110

selamat beramal, biar sedikit tapi istiqamah. Majukan sukan utk Praha dan kesihatan badan=D

0

We have much more thing to give

Posted by redridinghood on Wednesday, October 12, 2011

Sungguh , Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.
Kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan; maka mereka akan mendapat pahala yang tidak ada putus-putusnya.
(AtTin)

0

Ketenangan Hidup Sebenar Yang Dicari ~ Dr. Mohd Asri Zainal Abidin

Posted by Alia Abdul Rashid on Tuesday, June 14, 2011 in
SubhanAllah..sangat indah......

'Tempatkan kami ya Allah, di kalangan hamba-hambaMu yg bersyukur, bersyukur dgn SEMUA yg kami ada, dan berhenti mengira-ngira BEBERAPA perkara yg kami tiada, ameeen'

Tenanglah wahai jiwa-jiwa yg runsing...

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita...



0

Czech Republic; our new home, cestina; our extra language

Posted by redridinghood on Friday, June 03, 2011 in
Assalamualaikum wbt semua,

Post kali ini khas untuk adik-adik yang akan sampai ke Czech Republik tak lama lagi=D, macam mana persiapan semua?

Di sini saya sertakan perkataan 'basic' untuk kegunaan kita bersama. Jadi waktu datang nanti, perkataan ini sudah terus boleh pakai.

Greetings:

1. Good day- dobrý den ( the most common greeting, bila masuk kedai, bila jumpa profesor, jumpa neighbour dsb.)
2. Good morning- dobré ráno
3. Good afternoon- dobré odpoledne
4. Good evening- dobrý večer
5. Good night- dobrou noc

6. Good bye- na shledanou
7. Thank you- děkuji
8. your welcome- prosim/není zač
9. I'm sorry- promiňte
10. It's ok- to nic

other useful sentences;

1. how are you?- jak se máte
2. I'm fine/good- mám se dobře
3. odkud jste? - where you come from?
4. I'm from Malaysia- Jsem z Malajsie
5. I'm a medical student- Jsem student(ka) medicíny( student utk lelaki dan studenka utk perempuan)
6. how much it cost?- kolik to stojí?
7. where is the...? - kde je...?
a) toilet- toaleta/ WC/ záchod
b) bank- banka

Hati-hati, huruf dalam bahasa Czech lain sebutannya dengan huruf di negara kita. Selamat berlatih sambil menonton video bahasa Czech di youtube atau google translator(^^)


0

Are You Going To Finish Strong?

Posted by Alia Abdul Rashid on Sunday, May 29, 2011 in

Berkali-kali tengok video tentang lelaki luar biasa ni, saya tak jemu

Malahan, saya cemburu

Dengan sikap positif nya sebegitu

SAYA MAHU TERUS BANGKIT WALAU BERKALI-KALI SAYA CUBA NAMUN TIDAK BERJAYA, SAYA MAHU BERUSAHA SEKUATNYA!

0

Jangan Kenal Putus Asa!

Posted by Alia Abdul Rashid on Friday, May 20, 2011 in
Selepas tornado yang melanda Tuscaloosa, Alabama pada April 27 April lepas, Ms Judy (gambar di bawah) telah terpisah dengan kucingnya selama 3 minggu


Selama 3 minggu itu, setiap hari Ms Judy pergi ke rumahnya yg telah rosak dengan harapan dpt bertemu semula dgn kucingnya

Kuasa Allah, tidak disangka-sangka, sewaktu Ms Judy ditemu ramah oleh stesen televisyen, tiba-tiba kucingnya muncul semula!

Mari saksikan kisah yg menyayat hati ini...


Sebagai seorg Islam, kita wajib tidak berputus asa dari rahmat Allah swt. Terkadang dirasakan ujian yg menimpa amat berat menyesakkan dada, namun pengharapan dan pergantungan perlu diletakkan pada Allah SWT semata

Bersabarlah dalam setiap usaha, mohon moga redha, rahmat dan nusrah (pertolongan) Allah ada bersama kita, sentiasa...

'Dan mohonlah pertolongan (kpd Allah) dgn sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yg khusyuk'
(Surah Al-Baqarah 2 : 45)

'Katakanlah. "Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang'
(Surah Az-Zumar 39 : 53)

0

Saya tiada masa!

Posted by Alia Abdul Rashid on Tuesday, May 17, 2011 in

SAYA TIADA MASA!!!!!

hehe, betul ke takde masa? ^_^

IYA!! SAYA SIBUK!

hehe, sibuk buat apa? haa, camni, apa kata tulis cara awak isi kehidupan harian sehari-hari utk 7 hari berturut


BETUL, MEMANG PENUH, SAYA TAK SEMPAT HABIS BELAJAR!

hehe, ok, awak tengok ^_^ kalau tiada masa, tapi masih boleh tidur sampai 10 jam , kalau tiada masa tapi masih boleh luangkan 2 jam dekat facebook, tu tak kira YouTube lagi. Mungkin langsung tiada masa utk exercise, sebab TERLALU SIBUK BUAT BENDA LAIN..saya pun sama je, alhamdulillah rumah atas bukit, tapi tu pun belum cukup utk exercise!!

Sheikh Muhammad Shareef (founder of Al-Maghrib Institute) kata.. GRANDDADDY OF ALL REASONS ADALAH I JUST DONT HAVE TIME!

Mari sahabat-sahabat yg saya sayangi :), mari kita berstrategi


...RANCANG - LAKSANA - MUHASABAH (NILAI) - ISLAH (PERBAIKI)...

JADUAL KEHIDUPAN KITA SETIAP HARI :)


Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata, Rasulullah S.A.W bersabda: Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tak berfaedah baginya.

Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi

0

Mari belajar bahasa Arab

Posted by redridinghood on Monday, May 16, 2011 in


dalam video ini, kita akan belajar:

- Nouns ( definate and indefinate)
- nominal sentences(subject+predicate)
- pronouns + predicate
- using "and/wa"

seronok =D sudah boleh buat ayat selepas ini.

"vocabulary" kali ini adalah tentang: ahli keluarga


mari bersama belajar bahasa arab, insyaAllah boleh cari contoh waktu baca al Quran nanti.

3

Faith In Action

Posted by Alia Abdul Rashid on Monday, May 02, 2011 in

How are you guys doing?

What about your studies?

Do you feel down because you think it is too much of studying?

Have a break, read the quotes below, and keep your spirit high and...GO!



Faith is respectful. It respects our Creator and the unique purposes He has asked us to fulfill. Faith gives us the belief that we can succeed and the humility to accept success with sincere gratitude.

~ Steve Brunkhorst

Faith is action-oriented. It sees what can be accomplished and encourages us to act on inspired ideas. Faith gets us started -- even if the first actions are small. We affirm that we "can" rather than "can't" and "will" rather than "won't". As a result, we "do".


So, you, you and you, come on! Get up :) , may Allah make ease for us

It is the effort what counts :)

3

Learn human body parts in Czech

Posted by redridinghood on Sunday, May 01, 2011 in

semoga membantu kita lebih-lebih lagi yang kena ambil patient history.

kalau dapat kuasai bahasa czech ni mesti best, faham jugak apa yg mak cik- mak cik bual dalam trem..macam kita dengar mak cik-mak cik berbual kat malaysia=D

jangan lupa doa dulu sebelum belajar

1

Inuit & Igloo

Posted by Alia Abdul Rashid on Saturday, April 30, 2011 in
How To Build An Igloo?

This is so cool! ^_^ have a look, oh no, cant imagine how hard get the snow blocks in a precise shape!

Learn to work meticulously from the Inuits! :)




They are an interesting people are not they? Lets get to know them , Allah created people of different races and skin colour for us to know each other ^_^

The Inuit Way of Life



'Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorg laki-laki dan seorg perempuan, kemudian Kami jadikan kami berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yg paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah org yg paling bertakwa. Sungguh, Allah maha Mengetahui, Maha teliti' (Surah Al-Hujurat 49 : 13)

0

mari belajar bahasa mandarin

Posted by redridinghood on Wednesday, April 27, 2011 in


kepada penduduk negara Malaysia, sangat penting untuk kita belajar pelbagai bahasa semua kaum di negara kita. Especially utk yg nak jadi doktor, "patients" mesti suka kalau kita boleh "greet" mereka dgn bahasa mereka.

mari maksimakan kapasiti otak kita utk explore ilmu-ilmu baru.

dan Allah menciptakan kita berlainan, untuk kita mengenali antara satu sama lain.

0

Preventive steps

Posted by redridinghood on Thursday, April 21, 2011 in
Prevention is better than cure. For people travelling around, we have to remember that H1N1 flu is not fully cleared yet around the world. Hope this info is useful.


jadi, basuh tangan anda dan "cover" hidung dan mulut semasa bersin atau batuk. sama-sama kita amalkan gaya hidup sihat.

Tidak ada penyakit yang tiada penawarnya. Setelah berusaha, bertawakkallah kepada Allah.

0

1001 Muslim Heritage In Our World

Posted by Alia Abdul Rashid on Friday, April 15, 2011 in

"We are having a journey to the past, but it's for building and designing a better future"

Prof. Salim TS Al-Hassani
Chairman of the Board of Trustees, FSTC
Foundation of Science Technology and Civilisation
Creators of 1001 Inventions


Learn from history, the past has been shaping the present

0

Global Outbreak Alert and Response (GAR)

Posted by Alia Abdul Rashid on Tuesday, April 12, 2011 in
AVIAN INFLUENZA OUTBREAKS IN 2011


Let's practice good hygiene




Copyright © 2009 High Qualities in YOU All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.