0

Cukupkah kita melihat?

Posted by redridinghood on Thursday, November 10, 2011 in , ,

Hari ini, sekali lagi ke ward 3rd Internal Clinic utk Propaedeutic of Internal Medicine. Seronok sungguh dpt jumpa patient, Dr. pun best . Alhamdulillah, Allah mudahkan segala keperluan utk belajar. Sampai di sana, tunggu punya tunggu, semua orang tak ada lagi. Saya pun belek2 buku Propaed yg warna putih biru tu. Dalam hati kata"aih kalau khatam buku ni mmg senang la".

Pesakit hari ni, Mrs. X(bukan nama sebenar). Kami bertiga ditinggalkan utk tnya patient history kepada Mrs. X. Selepas berkenal2 dan dapatkan Identifikace Patienta, kami tny "Proc jste v nemocnici?". Katanya, sakit pundi kencing(urinary bladder/ mocovy mechyr) dan ....(saya tak faham apa dia kata lepas tu). Tapi dari gayanya, dia tunjuk sakit tu merebak ke belakang , ke buah pinggang(kidney/ledvina). Aha, terus teringat Dr. ada cakap sebelum ini, kalau ada inflammation kena check beberapa perkara:

1. Rubor- Redness
2. Calor- Temperature( Mate teplotu?)
3. Dolor- Pain
4. Tumor- Any mass

Tanya lagi bila sakit itu mula, berapa kerap dan macam mana rasa sakit tu.(when? how?) terlupa nak suruh mak cik X tunjuk tempat sakit(where?). aish lepas ni tak boleh lupa lagi. kami tny tentang masalah waktu buang air kecil(Mate problem s mocenim?) disebabkan sakit pundi kencing. Tanya juga berapa kerap dan samada ada darah atau tak dalam urine.
(berbelit2 lidah, grammar ntah kemana, hentam saja la)

Waktu itu tak fikir sakit Mrs X sebenarnya serius. lepas kami kumpul ramai2 berenam campur Dr. , Dr. pun cerita tentang Mrs X. Katanya, " her disease is a serious one. Tenguk muka dia." kami pun tenguk, owh baru perasan muka mak cik tu pucat. sclera pun warna kekuningan(icterus/jaundice). Dr. ckp lagi, "yes jadi kemungkinan dia ada anemia. Apa tanda2 anemia?" Kami kata "fatigue and dyspnea". Dr kata"Yes, dyspnea sangat common utk pesakit anemia". Dr cerita lagi ttg mak cik X." dia juga ada masalah buang air-dysuria, result test jumpa jumlah leukocyte sangat tinggi, dia ada demam. jadi ada kemungkinan mak cik ini ada inflamation of urinary pathway.Dan inflammation itu merebak ke buah pinggang, boleh jadi inflamation of upper urinary way". kemudian banyak lagi cerita menarik.

Setiap kali ke Propaed Internal med, terasa banyak lagi ilmu yang tak ada. Mata ada; alhamdulillah boleh melihat, tapi tak cukup menggunakannya utk melihat dengan teliti keadaan pesakit. Semoga kita sentiasa rajin belajar, dan mensiapkan diri utk menghadapi apa jua kemungkinan di masa akan datang. Bahasa Czech pun tersangat penting utk tahu patient history.

Begitu juga tanggungjawab kita kepada umat Islam, mata ini perlu diguna utk betul2 melihat dan memahami.

Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang berpagi-pagian tidak mengambil berat perihal orang Islam maka ia bukanlah dari golongan mereka"

Dari buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam ms 110

selamat beramal, biar sedikit tapi istiqamah. Majukan sukan utk Praha dan kesihatan badan=D

0 Comments

Copyright © 2009 High Qualities in YOU All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.