2

Terapi dalam Islam

Posted by Alia Abdul Rashid on Sunday, November 20, 2011 in , ,

"Seriously art therapy ada dalam Rehabilitation Medicine? Dance therapy, musicotherapy? Hmm, nampak sangat banyak yang awak tak tahu alia"

"Come on la, tak kan semua benda nak tunggu cikgu cakap. Kalau bab-bab lain laju je cari dekat internet, tak kan bab medicine tak buat macam tu?" kata saya pada diri sendiri :)


Apa yang saya pelajari di kelas adalah nonverbal techniques (teknik bukan lisan) merupakan psychological therapy (terapi psikologi) yg mengandungi 3 kaedah terapi iaitu :
1. Art therapy
2. Dance & movement therapy
3. Music therapy

Teknik-teknik di atas melibatkan daya kreativiti pesakit, mempamerkan perasaan atau faktor dalaman oleh pesakit serta digunakan sebagai diagnosis dan terapi kepada penyakit oleh ahli perubatan

Saya tertarik dengan kaedah art therapy yang digunakan oleh jabatan rehabilitation medicine untuk merawat pesakit-pesakit di universiti tempat saya menuntut. Antaranya pesakit yang kena stroke atau kanak-kanak yang mentally retarded yang mana para pesakit ini kebanyakkannya tidak dapat atau sukar untuk bercakap atau mempunyai masalah untuk mempamerkan perasaan mereka


Terdapat seorang pesakit A berusia 30-an yang diserang stroke. Beliau merupakan seorang bos di sebuah syarikat, mempunyai pencapaian yang memberangsangkan dalam bidang keusahawanan. Setelah diserang stroke, beliau tidak boleh bercakap seperti biasa, menyebabkan sukar untuk beliau menyatakan perasaan beliau sendiri sekaligus memberi kesan yang besar pada emosi beliau (sedih, kemurungan dan sebagainya)

Apa yang dilakukan oleh doktor adalah, doktor menyuruh pesakit A untuk melukis. Pesakit A telah melukis gambar seorang pahlawan yang melutut sambil menahan serangan raksasa menggunakan pedang miliknya. Apa yang cuba ditafsir oleh doktor tentang perasaan pesakit A melalui lukisannya adalah "I'm on my knees, but I'm still fighting", menunjukkan walaupun pesakit A diberi dugaan berat sebegitu, namun beliau tetap cuba menghadapinya. Diharapkan melalui aktiviti sebegitu, berat beban perasaan yang ditanggung oleh pesakit dapat dikurangkan

Selain daripada itu, doktor juga telah memberitahu tentang kaedah yang digunakan dalam group therapy (terapi berkumpulan) yang melibatkan movement therapy. Pesakit-pesakit
diajar untuk menghentak kaki ke lantai untuk meningkatkan keyakinan diri dan membuat diri rasa selamat apabila mendengar hentakan kaki beramai-ramai sekaligus mengurangkan rasa keseorangan


Hal itu membuatkan saya berfikir, tak hairanlah banyak tarian atau cheers untuk meningkatkan semangat melibatkan hentakan kaki beramai-ramai, saya akui ia memang memberi kesan!

Dan yang lebih membuatkan saya berfikir adalah hikmah di sebalik penekanan solat berjemaah dalam Islam. Sekiranya kita solat bersendirian, pasti kita rasa bersendirian, bila kita mengimami seorang makmum dalam solat fardhu, pasti kita tidak rasa bersendirian, bayangkan bila mana kita solat berjemaah bersama-sama di masjid, melibatkan beberapa saf, pastinya hikmah di sebalik anjuran berjemaah di masjid selain daripada berganda pahala, adalah hikmah dapat berkumpul sekaligus memberi kekuatan mental bahawa kita tidak keseorangan, bersama-sama kita ada lagi para jemaah yang lain


Jika dipanjangkan lagi, hikmah berkumpul di masjid, setiap kali Solat Jumaat, melibatkan perkumpulan sekurang-kurangnya 40 orang, peluang berkumpul ini patut dimanfaatkan sebaiknya untuk mengeratkan ukhuwwah, bertanya khabar dan sebagainya. Tak hairanlah sunnah Rasulullah SAW solat sunat hari raya dilakukan di kawasan padang yang luas, sekali lagi hikmahnya adalah untuk mengumpulkan seramai mungkin umat Islam di hari perayaan yang pastinya menimbulkan keizzahan dan perasaan kebersamaan



Salah satu rukun Islam itu sendiri iaitu mendirikan
Haji (sekiranya mampu) merupakan satu lagi perkumpulan umat Islam berskala besar, melibatkan umat Islam dari berbagai-bagai negara, bangsa dan budaya. Haji merupakan 'mock big-scale-gathering' yang memberi gambaran kasar kepada kita tentang pekumpulan di Padang Mahsyar. Dan pastinya, perkumpulan di padang Mahsyar adalah perkumpulan hakiki, tiada alasan utk tidak kita hadiri!


Alangkah indahnya Islam, bukan untuk disimpan sebagai pekasam
Tapi utk diamalkan, dalam kehidupan seharian... :)

P.s : Jazakumullahu khayr al jazak kerana berkongsi ayah, semoga berada dalam kebaikan selagi mana artikel ini dimanfaatkan dan pastinya ia sentiasa bermanfaat! Ameen Ya Rabb



2 Comments


Assalamu`alaikum Alia,
Great, keep writing.
_____
We in Skudai


Jazakillah Alia atas perkongsian.

Bersatu teguh, bercerai roboh. :)

Copyright © 2009 High Qualities in YOU All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.