2

Resepi Salmon

Posted by Unknown on Sunday, January 15, 2012 in
Erk..Resepi salmon?? Tiba-tiba pulak kan. Sebenarnya takde idea nak post apa sebab minggu lepas memang berkurung je dalam rumah, ulangkaji untuk paper internal medicine. Tapi kadang-kadang menarik jugak kan dapat resepi baru, resepi makanan Czech pulak tu. :)

Resepi  ni bukan saya yang buat. Itu for sure.Dapat dari majalah Albert yang percuma tu. Jadi, janganlah takut mencubanya.*-*

Salmon dengan Thyme dan Salad Saderi (Tymianovy Losos s Teplym Celerovym Salatem)
Bahan-bahan:
2 sudu besar daun thyme
Gambar dari website Albert
2 sudu kecil serbuk lada hitam
4 ulas bawang putih, dicincang
garam laut
80 ml minyak zaitun
4 bahagian salmon


Untuk salad:
240 ml krim masam
125 ml whipping cream
2 sudu besar jus lemon
2 sudu besar mustard Dijon (ada sesiapa yang tau maksud Dijon ni?)
garam, pepper
1 kg saderi, dipotong menjadi jalur nipis

Cara membuatnya:
1. Untuk salad, campurkan krim masam, whipping cream, jus lemon dan mustard ke dalam periuk. Tambahkan garam dan pepper sebagai perasa. Panaskan atas api yang perlahan hingga mendidih. Masak selama 3-4 minit, hingga adunan menjadi 'beautifully smooth'. Masukkan saderi dan kacau berapa ketika. Ketepikan tapi cuba kekalkan kepanasan.


2. Masukkan thyme, serbuk lada hitam, bawang putih, garam dan minyak ke dalam mangkuk. Sapukan pada salmon dan grill selama 3-5 minit. Hidangkan bersama salad saderi.


Susah jugak nak menterjemahkan Czech ke Bahasa Melayu ni. Mencabar minda! Tapi sambil terjemahkan ni, terfikir jugakla, salad saderi?! Pelik bin ajaib betulla orang Czech ni. :]





1

Wii memang wow

Posted by Alia Abdul Rashid on Wednesday, January 11, 2012 in , ,

Sejak beberapa minggu lepas saya seringkali terdengar kawan-kawan asyik membincangkan tentang keseronokan bermain game Wii, saya hanya mendengar dan boleh merasa tempias keseronokan tersebut ekoran teknik penceritaan kawan-kawan yang sangat berkesan ;) hehe


Sampailah pada 5hb Januari yang lepas, saya merasakan sendiri bermain Wii :)

'We created your account' kata Aysha, anak kacukan Melayu dan orang Inggeris. Geli hati bila tengok account saya, 'Pandai pula Aysha pilih yang pakai spek' kata saya dalam hati. Setiap kali dia melukis gambar saya, memang dia tak lupa lukis spek saya, begitu juga sewaktu membuat account Wii.






Saya menemani mereka malam itu kerana ibu bapa mereka menghadiri satu majlis, maka agak lama juga kami main,hehe

Omar beri saya peluang main Wii bersama Aysha, dia sendiri sedang main game di IPad

Jadi bermula lah episod saya melawan Aysha dlm Wii Party, 'Aww, u always won!' kata Aysha 'Boleh tahan juga awk ye alia' kata saya dalam hati sampai tergelak lihat reaksi Aysha yang berusia 10 tahun


Joystick Aysha berpindah ke tangan Omar, kali ni saya mula berlawan dengan Omar. 'SubhanAllah, hebat Omar!' kata saya dalam hati sambil dari tadi kagum melihat koordinasi tangan dia memicit butang-butang dan menggerakkan joystick. Omar yang berusia 7 tahun banyak kali menewaskan saya, tapi ada juga beberapa kali saya menang, hehe




Barangkali kita akan kata, seseorang itu hebat main game kerana dia dah biasa bermain, penyataan tu saya setuju.

Namun di sebalik penciptaan insan yang hebat bermain game ni adalah Allah swt yang lebih hebat mencipta dalam badan manusia 'litar' yang digunakan untuk koordinat apa yang dilihat di screen TV -> diproses dalam otak bercampur strategi -> menghasilkan fine movements of hands



Hari ni sewaktu mengikuti lecture Neurology, Dr berkongsi video tentang pesakitnya yang ada Intention Tremor, bila tak buat aktiviti, tangan tidak shaking (menggeletar), namun bila mula melakukan aktiviti, tangan pesakit menggeletar sehingga menyebabkan pesakit tu sukar utk minum, makan dsb kerana mereka akan lebih menggeletar bila hampir sampai ke tempat dituju. Contohnya pesakit cuba angkat cawan yg berisi air, tangan mula menggeletar sedikit, namun bila hampir sampai ke mulut, tangan menggeletar lebih teruk sehingga menyebabkan air tumpah dan tak sempat masuk mulut..Allahu, kesiannya...

Di bawah ni adalah contoh Intention tremor




Apakah sesudah melihat video ini kita masih tidak mahu bersyukur?

Jangan berhenti bersyukur atas semua nikmat yg kita dapat , berhentilah mengeluh dan berhentilah mengira-ngira nikmat yg kita rasa kita tak dapat, Nastaghfirullah Al-'Azim (kami memohon ampun kpd Allah Yang Maha Besar)


Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.

Surah Ibrahim 14 : 7


p.s : Saya pulang ke rumah selepas babysit dengan tangan dan badan yg sakit-sakit, mcm exercise sungguh,hehe. Tidak berniat utk meyakinkan orang membeli Wii, sekadar pemberitahuan bagi berkongsi hikmah di sebalik setiap kejadian :)

3

Ada Alien dlm badan kamu...

Posted by Alia Abdul Rashid on Sunday, January 08, 2012 in ,
Bermula 28/11/11 sehingga 4 minggu kemudian saya mengikuti rotation Psychiatry. Kata orang pesakit-pesakit di wad ni sangat menarik, rasa tak sabar nk berjumpa sendiri


Usai mendengar lecture di lecture hall, kami terus ke wad, menanti Dr yang bertanggungjawab mengendalikan kumpulan kami. Rasa berdebar bila melangkah masuk ke wad pesakit gangguan mental, jujurnya ni pengalaman pertama berjumpa pesakit sebegini

Dr menjemput masuk seorang pesakit wanita, pertengahan usia. Pada riak wajah pesakit nampak blunted emotion (tiada perasaan) seperti saya boleh rasa berat beban perasaan yang dia pikul. Apa agaknya yg berlaku pada pesakit & apa yg ada di minda nya sekarang, tanya saya dalam hati

Psychiatric patient, 19th century

Dr memulakan pertanyaan kepada pesakit, kemudian menterjemah soalannya & jawapan pesakit ke dalam bahasa Inggeris

Sepanjang sesi ini, memang tiada riak muka pada pesakit, tak senyum, tak ketawa, mukanya kekal serious sebegitu dari awal hingga akhir. Kesian pesakit ni
'Saya adalah mother of the earth. Saya boleh berkomunikasi dengan Tuhan. Dan hidup saya sering diganggu oleh alien'


Saya tergamam, ini kali pertama saya mendengar penyataan sebegitu, jawapan yang diberikan langsung tidak membuatkan kami tertawa, terasa simpati pada pesakit. Gaya dia bercakap seolah-olah apa yang dikatakan adalah betul

'Kadang-kadang saya disakiti oleh alien, namun bila saya di wad ini, alien tu tidak dpt mengganggu saya. Saya membaca sebanyak 600 buku dalam masa sethn, dan saya tahu ada seseorg yg mampu membantu saya melawan alien'


Dr meneruskan pertanyaan, kami mendengar dengan teliti, terkadang saya tidak beri perhatian pada apa yg Dr cakap kerana terlalu fokus memerhatikan pesakit & perasaan kasihan semakin membuak (baik pada pesakit, mahupun pada keluarganya)

'Ada alien dalam badan kamu semua' kata pesakit sambil memandang kami. Tiba-tiba saya terasa seram sejuk, adakah sebenarnya yg dimaksudkan alien oleh mak cik ini adalah syaitan?? Saya terus cuba fokus pada apa yg pesakit katakan

'Tapi kamu semua jgn risau, saya akan bantu kamu mengeluarkan alien dari badan' Tiba-tiba pesakit mula berkata kepada seseorg yg invisible (tidak kelihatan) yg pesakit percaya boleh membantu mengeluarkan alien dari badan kami. 'Wahai ....., tolong keluarkan alien dari badan mereka'

Usai berkata begitu, pesakit itu diam. Tak lama kemudian, dia berkata 'Kamu dah selamat, alien telah dikeluarkan'. Kami hanya mengangguk, tidak mahu mengecewakan pesakit

Setelah pesakit meninggalkan bilik berkenaan, Dr memberitahu 'Patient has no insight', yang bermakna dia tidak sedar yang dia ada gangguan mental. 'She has megalomanic delusion (dia percaya dia ada kuasa hebat kerana dia mengatakan dia adalah mother of the earth dan boleh berkomunikasi dengan Tuhan)

Setelah masa tamat, kami bergerak meninggalkan wad itu, sewaktu berjalan di hadapan pesakit-pesakit lain, saya rasa sedikit takut, seolah-olah seperti mereka akan menyerang saya :) namun saya silap jika ada fikiran sebegitu. Saya perlu buang jauh-jauh, mereka perlukan bantuan...

Saya melangkah keluar dari bangunan dengan perasaan bercampur baur, terasa kerdil di sisi Allah swt. Kalau Allah tarik sedikit nikmat akal yg kita ada, barangkali kita juga boleh menjadi salah seorang penghuni wad ini, na'uzubillahi min zalik (kami berlindung kpd Allah dari perkara demikian)

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" (Surah Ar Rahman : 34)


2

Infectious! that sounds dangerous

Posted by redridinghood on Thursday, January 05, 2012

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi,

Sebagai pelajar perubatan, kita akan lebih 'alert' apabila dengar perkataan 'infectious'. Mengapa?

1. Kita mesti teringat banyak kes-kes influenza yang pernah melanda dunia. Influenza virus merupakan salah satu virus yang sering tukar 'antigenic determinant" nya sekaligus memaksa pakar2 menghasilkan antibiotic terbaru setiap kali virus terbaru menjangkiti manusia. Jadi influenza merupakan penyakit berjangkit yg bahaya dan selalunya 'fatal' kerana kita masih tidak mempunyai persediaan imuniti dan antibiotik utk melawannya.


2. Siapa pernah dengar Nosocomial infection? dimudahkan cerita, nosocomial infection merupakan jangkitan microorganisma kepada pesakit yg tinggal di hospital. Setiap 'departmet' di hospital mempunyai microorganismanya tersendiri(quote drpd profesor Patho). Dan kebanyakan jangkitan ini membahayakan pesakit yg berusia dan pesakit yg kurang immuniti (immunosuppressed patient). Sepsis (apabila microorganisma telah memasuki saluran darah)merupakan salah satu sebab kematian pesakit. Jadi tidak pelik kalau kita ternampak banyak botol disinfectant di wad.

Tapi ada satu benda yg infectious juga, tapi tak berbahaya, malahan memberi kesan yang baik kepada doktor, pesakit, keluarga pesakit, staff dan siapa2 shj di bumi ini.

Smiling is infectious,
You can catch it like the flu.
Someone smiled at me today,
And I started smiling too.
~Author Unknown

Apabila fikiran kita serabut, tension dan banyak masalah, kita selalu 'ter'masam muka. Terasakan seperti tidak ada penyelesaian utk segala masalah kita. Di waktu ini, profesor pula nak buat test(exam, test sedia ada dah menimbun), ada tugasan lagi, nak kena uruskan biometrik kad, nak bayar sewa rumah, nak itu, nak ini..(semua ini hanya rekaan semata2 namun ada sedikit bersandarkan realiti kita=)), terasa kita ini selalu bermasalah.


Salah satu pengubat hati adalah dengan mengingati Pencipta kita. Dia sedang melihat, dan tidak ada penglihatan, pengetahuan dan pertolongan yang lebih baik boleh dibandingkan dengan Penglihatan, Pengetahuan dan PertolonganNya.

Sabar, redha dan senyumlah. Dengan senyuman, kita tak menjangka bahawa ia boleh menceriakan orang lain walaupun dia tak kenal kita. "Try it on a patient, and we'll see whether it is infectious or not"



Copyright © 2009 High Qualities in YOU All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.