2

Resepi Salmon

Posted by Shazana Salim on Sunday, January 15, 2012 in
Erk..Resepi salmon?? Tiba-tiba pulak kan. Sebenarnya takde idea nak post apa sebab minggu lepas memang berkurung je dalam rumah, ulangkaji untuk paper internal medicine. Tapi kadang-kadang menarik jugak kan dapat resepi baru, resepi makanan Czech pulak tu. :)

Resepi  ni bukan saya yang buat. Itu for sure.Dapat dari majalah Albert yang percuma tu. Jadi, janganlah takut mencubanya.*-*

Salmon dengan Thyme dan Salad Saderi (Tymianovy Losos s Teplym Celerovym Salatem)
Bahan-bahan:
2 sudu besar daun thyme
Gambar dari website Albert
2 sudu kecil serbuk lada hitam
4 ulas bawang putih, dicincang
garam laut
80 ml minyak zaitun
4 bahagian salmon


Untuk salad:
240 ml krim masam
125 ml whipping cream
2 sudu besar jus lemon
2 sudu besar mustard Dijon (ada sesiapa yang tau maksud Dijon ni?)
garam, pepper
1 kg saderi, dipotong menjadi jalur nipis

Cara membuatnya:
1. Untuk salad, campurkan krim masam, whipping cream, jus lemon dan mustard ke dalam periuk. Tambahkan garam dan pepper sebagai perasa. Panaskan atas api yang perlahan hingga mendidih. Masak selama 3-4 minit, hingga adunan menjadi 'beautifully smooth'. Masukkan saderi dan kacau berapa ketika. Ketepikan tapi cuba kekalkan kepanasan.


2. Masukkan thyme, serbuk lada hitam, bawang putih, garam dan minyak ke dalam mangkuk. Sapukan pada salmon dan grill selama 3-5 minit. Hidangkan bersama salad saderi.


Susah jugak nak menterjemahkan Czech ke Bahasa Melayu ni. Mencabar minda! Tapi sambil terjemahkan ni, terfikir jugakla, salad saderi?! Pelik bin ajaib betulla orang Czech ni. :]





2 Comments


ya Allah, sedapnya nmpk gmbr..tu la, hebat syana translate ke bhs melayu..hihi

haa, da try ke???? kalau belum, try la, jemput2 la kami utk mencuba,hehe


alia, mestilah belum. nak rasa masakan alia dulu. ;)

Copyright © 2009 High Qualities in YOU All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.